jump to navigation

January 4, 2009

Posted by adminblog in Umum.
Tags: , ,
trackback

Assalamualaikum Warahmatullah;

Pihak pengurusan kem motivasi anak soleh bestari ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua pengunjung laman ini.

Semoga tahun baru ini, membawa sinar baru kepada kita dan menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelumnya.

Alhamdulillah, tahun 2008 telah pun melabuhkan tirainya. Pelbagai pengalaman dan pedoman yang telah kita lalui, ada yang suka, ada yang duka, pelbagai kenangan pahit & manis. Natijahnya, ia mematangkan kita dan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi hari yang mendatang.

Terima kasih kami ucapkan atas sokongan tuan/puan kepada kami selama ini. Syukur ke hadrat Allah, melalui respon yang kami terima, sebahagian besar di antara peserta kem yang lepas dapat merubah diri mereka, menyedari & menginsafi peranan mereka sebagai anak yang soleh kepada ibubapa, guru & rakan taulan sebaik sahaja pulang dari kem anak soleh ini. InsyaAllah, bersama kita berusaha menjana generasi soleh & bertaqwa dalam institusi keluarga kita .

Pihak kem sedang merancang untuk menganjurkan siri-siri kem motivasi anak soleh bestari seterusnya dalam tahun 2009 ini. Nantikan pengumuman dari kami sedikit masa lagi. Jika tiada aral akan diadakan pada sesi cuti persekolahan Mei 2009 dan Disember 2009. InsyaAllah.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a comment