jump to navigation

Kem Motivasi Anak Soleh Bestari Disember 2008 @ Shah Alam November 5, 2008

Posted by adminblog in Umum.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Assalamualaikum Warahmatullah,

BERITA BAIK buat semua! InsyaAllah, untuk program penghujung tahun 2008 ini, kami akan menganjurkan Kem Motivasi Anak Soleh Bestari di sebuah resort yang indah & dikenali ramai iaitu di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Selangor pada 14, 15 & 16 Disember 2008 ini.

Program selama 3 hari 2 malam ini bakal diisi dengan pelbagai aturcara yang padat apatah lagi anak-anak pelajar sedang bercuti sekolah hujung tahun (Nov – Dis) ketika itu.

dsc_0001 Apa kata kita isi masa lapang yang ada pada anak-anak kita di musim cuti sekolah ini dengan program yang bermanfaat buat mereka. Dengan sedikit pelaburan tuan-tuan & puan-puan, InsyaAllah, mudah-mudahan Allah menjadikan kita hambaNya yang bertanggungjawab memelihara (anak kita) amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita sebagai ibubapa.

Dengan amanat yang tuan/puan sampaikan kepada kami untuk ke kem anak soleh bestari ini, InsyaAllah kami akan berusaha membantu untuk membimbing & membentuk anak-anak tuan/puan menjadi anak yang soleh & bertaqwa. Yang kuat jatidiri & terserlah ciri kepemimpinannya. Sekurang-kurangnya, anak-anak tuan/puan dapat memperolehi & mempelajari sesuatu sebaik sahaja mereka tamat mengikuti kem ini.

dsc_0436 dsc_0425 dsc_00041

Teringat kepada sabda Nabi Muhammad S.A.W. iaitu; apabila matinya anak Adam, maka tinggallah (terputus) segala-galanya dari dirinya kecuali 3 perkara yang akan bersamanya, iaitu 1) Sedekah jariah 2) Ilmu yang dimanfaatkan 3) Doa dari anak yang soleh.

Sehubungan itu, dari hadith ini, anak soleh merupakan aset yang paling berharga buat kita sama ada di dunia (ketika kita masih hidup) mahu pun apabila kita meninggal dunia nanti. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha untuk memastikan bahawa setiap generasi & keturunan kita merupakan anak-anak soleh yang terbimbing & tidak terpesong dari ajaran Al-Quran & Sunnah sebagaimana yang dimaksudkan oleh Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kem ini, sila klik sini.                qiam

Comments»

1. asma - November 27, 2008

Assalamualaikum.. boleh ana tahu berapa bayaran bagi seorang pesrta..?

2. Admin@KEM MOTIVASI - November 30, 2008

Waalaikumussalam…
Maaf kerna terlewat respon dgn pertanyaan puan. Bayaran yg kami kenakan utk program ini adalah hanya sebanyak RM250.00 sahaja.
Utk maklumat program ini, puan boleh dapati di dalam ‘page’ kami yg seterusnya. Harap maklum. Terima kasih kerna bertanya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: