Kem Motivasi Anak Soleh Bestari Disember 2008 @ Shah Alam November 5, 2008
Posted by adminblog in Umum.Tags: anak soleh, cuti sekolah, Kem, kem motivasi, motivasi, motivasi anak soleh, sekolah, Shah Alam
2 comments
Assalamualaikum Warahmatullah,
BERITA BAIK buat semua! InsyaAllah, untuk program penghujung tahun 2008 ini, kami akan menganjurkan Kem Motivasi Anak Soleh Bestari di sebuah resort yang indah & dikenali ramai iaitu di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Selangor pada 14, 15 & 16 Disember 2008 ini.
Program selama 3 hari 2 malam ini bakal diisi dengan pelbagai aturcara yang padat apatah lagi anak-anak pelajar sedang bercuti sekolah hujung tahun (Nov – Dis) ketika itu.
Apa kata kita isi masa lapang yang ada pada anak-anak kita di musim cuti sekolah ini dengan program yang bermanfaat buat mereka. Dengan sedikit pelaburan tuan-tuan & puan-puan, InsyaAllah, mudah-mudahan Allah menjadikan kita hambaNya yang bertanggungjawab memelihara (anak kita) amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita sebagai ibubapa.
Dengan amanat yang tuan/puan sampaikan kepada kami untuk ke kem anak soleh bestari ini, InsyaAllah kami akan berusaha membantu untuk membimbing & membentuk anak-anak tuan/puan menjadi anak yang soleh & bertaqwa. Yang kuat jatidiri & terserlah ciri kepemimpinannya. Sekurang-kurangnya, anak-anak tuan/puan dapat memperolehi & mempelajari sesuatu sebaik sahaja mereka tamat mengikuti kem ini.
Teringat kepada sabda Nabi Muhammad S.A.W. iaitu; apabila matinya anak Adam, maka tinggallah (terputus) segala-galanya dari dirinya kecuali 3 perkara yang akan bersamanya, iaitu 1) Sedekah jariah 2) Ilmu yang dimanfaatkan 3) Doa dari anak yang soleh.
Sehubungan itu, dari hadith ini, anak soleh merupakan aset yang paling berharga buat kita sama ada di dunia (ketika kita masih hidup) mahu pun apabila kita meninggal dunia nanti. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha untuk memastikan bahawa setiap generasi & keturunan kita merupakan anak-anak soleh yang terbimbing & tidak terpesong dari ajaran Al-Quran & Sunnah sebagaimana yang dimaksudkan oleh Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kem ini, sila klik sini. 

