Kem Motivasi Anak Soleh Bestari Disember 2008 @ Shah Alam November 5, 2008
Posted by adminblog in Umum.Tags: anak soleh, cuti sekolah, Kem, kem motivasi, motivasi, motivasi anak soleh, sekolah, Shah Alam
2 comments
Assalamualaikum Warahmatullah,
BERITA BAIK buat semua! InsyaAllah, untuk program penghujung tahun 2008 ini, kami akan menganjurkan Kem Motivasi Anak Soleh Bestari di sebuah resort yang indah & dikenali ramai iaitu di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Selangor pada 14, 15 & 16 Disember 2008 ini.
Program selama 3 hari 2 malam ini bakal diisi dengan pelbagai aturcara yang padat apatah lagi anak-anak pelajar sedang bercuti sekolah hujung tahun (Nov – Dis) ketika itu.
Apa kata kita isi masa lapang yang ada pada anak-anak kita di musim cuti sekolah ini dengan program yang bermanfaat buat mereka. Dengan sedikit pelaburan tuan-tuan & puan-puan, InsyaAllah, mudah-mudahan Allah menjadikan kita hambaNya yang bertanggungjawab memelihara (anak kita) amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita sebagai ibubapa.
Dengan amanat yang tuan/puan sampaikan kepada kami untuk ke kem anak soleh bestari ini, InsyaAllah kami akan berusaha membantu untuk membimbing & membentuk anak-anak tuan/puan menjadi anak yang soleh & bertaqwa. Yang kuat jatidiri & terserlah ciri kepemimpinannya. Sekurang-kurangnya, anak-anak tuan/puan dapat memperolehi & mempelajari sesuatu sebaik sahaja mereka tamat mengikuti kem ini.
Teringat kepada sabda Nabi Muhammad S.A.W. iaitu; apabila matinya anak Adam, maka tinggallah (terputus) segala-galanya dari dirinya kecuali 3 perkara yang akan bersamanya, iaitu 1) Sedekah jariah 2) Ilmu yang dimanfaatkan 3) Doa dari anak yang soleh.
Sehubungan itu, dari hadith ini, anak soleh merupakan aset yang paling berharga buat kita sama ada di dunia (ketika kita masih hidup) mahu pun apabila kita meninggal dunia nanti. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha untuk memastikan bahawa setiap generasi & keturunan kita merupakan anak-anak soleh yang terbimbing & tidak terpesong dari ajaran Al-Quran & Sunnah sebagaimana yang dimaksudkan oleh Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kem ini, sila klik sini. 
Salam Ukhuwah & Salam Motivasi! November 1, 2008
Posted by adminblog in Umum.Tags: cuti sekolah, Kem, kem motivasi, motivasi, motivasi. kem motivasi, sekolah
1 comment so far
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Salam perkenalan & salam motivasi buat para ibubapa, guru, teman & adik-adik sekalian.
Selamat datang ke laman blog kemcutisekolah.wordpress.com.
Bagi pihak admin laman ini dan Pusat Pendidikan Al-Faizeen, kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua ke laman yang ‘simple & steady’ ini. Muda-mudahan dengan adanya laman ini, dapatlah kita berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan sesama kita. Disamping itu, diharapkan InsyaAllah, dengan laman ini, kita dapat mengeratkan ukhuwah persaudaraan Islam kita yang terjalin sejak sekian lama. Bukankah orang mukmin itu bersaudara?
Bagi yang pernah bersama kami sebelum ini, mungkin laman ini tidak asing lagi bagi anda. Namun yang pertama kali ke sini, pasti tertanya-tanya siapakah kami? dan apakah yang kami lakukan?
Untuk pengetahuan semua, Pusat Pendidikan Al-Faizeen ditubuhkan sejak dari tahun 2001 lagi oleh sekumpulan pendidik & murabbi yang berazam untuk membantu melahirkan generasi madani yang soleh & bertaqwa. Ia dimulakan dengan penubuhan sebuah sekolah Islam yang menawarkan sistem pendidikan yang seimbang, iaitu pelajaran akademik & agama di bawah satu bumbung. Makluman lanjut mengenai sekolah ini, sila klik www.al-faizeen.com.my.
Pelbagai program & aktiviti telah dirancang & dijalankan selain dari pengurusan sekolah harian, Alhamdulillah, hingga kini kami telah berjaya membimbing, mendidik & memotivasikan pelajar-pelajar sekolah melalui beberapa siri program/kem motivasi khususnya untuk para pelajar sekolah rendah & menengah sama ada sewaktu cuti hujung minggu mahu pun cuti persekolahan mereka. Antara program yang telah dijalankan ialah kem motivasi anak soleh, kem cuti sekolah, seminar peperiksaan dan kem kepemimpinan.
Siri program/kem motivasi yang dianjurkan oleh kami dikendalikan oleh pakar motivasi atau penceramah yang hebat & terkenal sebagai slot utama bersama ibubapa & pelajar. Selain itu, program/kem motivasi kami dikendalikan oleh para fasilitator/pemudahcara yang pengalaman iaitu graduan/mahasiswa dari universiti tempatan dan luar negara. Yang pasti, pelbagai modul, LDK (Latihan Dalam Kumpulan), bengkel & aktiviti telah disusun dengan baik demi mencapai objektif pembentukan anak yang soleh & cemerlang.

