jump to navigation

Salam Ukhuwah & Salam Motivasi! November 1, 2008

Posted by adminblog in Umum.
Tags: , , , , ,
1 comment so far

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Salam perkenalan & salam motivasi buat para ibubapa, guru, teman & adik-adik sekalian.

Selamat datang ke laman blog kemcutisekolah.wordpress.com.

Bagi pihak admin laman ini dan Pusat Pendidikan Al-Faizeen, kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua ke laman yang ‘simple & steady’ ini. Muda-mudahan dengan adanya laman ini, dapatlah kita berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan sesama kita. Disamping itu, diharapkan InsyaAllah, dengan laman ini, kita dapat mengeratkan ukhuwah persaudaraan Islam kita yang terjalin sejak sekian lama. Bukankah orang mukmin itu bersaudara?

Bagi yang pernah bersama kami sebelum ini, mungkin laman ini tidak asing lagi bagi anda. Namun yang pertama kali ke sini, pasti tertanya-tanya siapakah kami? dan apakah yang kami lakukan?

Untuk pengetahuan semua, Pusat Pendidikan Al-Faizeen ditubuhkan sejak dari tahun 2001 lagi oleh sekumpulan pendidik & murabbi yang berazam untuk membantu melahirkan generasi madani yang soleh & bertaqwa. Ia dimulakan dengan penubuhan sebuah sekolah Islam yang menawarkan sistem pendidikan yang seimbang, iaitu pelajaran akademik & agama di bawah satu bumbung. Makluman lanjut mengenai sekolah ini, sila klik www.al-faizeen.com.my.

Pelbagai program & aktiviti telah dirancang & dijalankan selain dari pengurusan sekolah harian, Alhamdulillah, hingga kini kami telah berjaya membimbing, mendidik & memotivasikan pelajar-pelajar sekolah melalui beberapa siri program/kem motivasi khususnya  untuk para pelajar sekolah rendah & menengah sama ada sewaktu cuti hujung minggu mahu pun cuti persekolahan mereka. Antara program yang telah dijalankan ialah kem motivasi anak soleh, kem cuti sekolah, seminar peperiksaan dan kem kepemimpinan.

Siri program/kem motivasi yang dianjurkan oleh kami dikendalikan oleh pakar motivasi atau penceramah yang hebat & terkenal sebagai slot utama bersama ibubapa & pelajar. Selain itu, program/kem motivasi kami dikendalikan oleh para fasilitator/pemudahcara yang pengalaman iaitu graduan/mahasiswa dari universiti tempatan dan luar negara. Yang pasti, pelbagai modul, LDK (Latihan Dalam Kumpulan), bengkel & aktiviti telah disusun dengan baik demi mencapai objektif pembentukan anak yang soleh & cemerlang.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.