jump to navigation

Jadual Kem Motivasi Anak Soleh 2009 January 28, 2009

Posted by adminblog in Kem, kem motivasi, motivasi anak soleh bestari, motivasi cuti sekola, motivasi cuti sekolah, sekolah, Umum.
Tags: , , , ,
add a comment

Assalamualaikum Warahmatullah;

Seperti yang kami maklumkan sebelum ini, berikut adalah tarikh-tarikh kem motivasi anak soleh bagi tahun 2009 ini bersempena dengan musim cuti persekolahan anak-anak tuan / puan. InsyaAllah, semua kem ini akan diadakan di Chalet Kg. Idaman, Taman Pertanian Malaysia, Bkt. Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor. Terbuka untuk para pelajar lelaki & perempuan yang berumur 9 – 17 tahun. Maklumat lanjut mengenai kem, sila rujuk di link program terkini.

1) 31/5/2009 – 2/6/2009 (ahad – selasa) SUDAH PENUH

2) 6/12/2009 – 8/12/2009 (ahad – selasa) MASIH DIBUKA !!

3) 20/12/2009 – 22/12/2009 (ahad –  selasa) MASIH DIBUKA !!

Bagi ibubapa/penjaga yang berhasrat ingin menghantar anak ke kem ini, sila buat tempahan awal kepada kami. Tempat adalah terhad kepada 100 peserta sahaja untuk setiap sesi kem.

Tempahan awal, boleh dilakukan dengan cara sms:-

MYSEL<jarak>MASB <jarak> TARIKH KEM<jarak>NAMA PENUH ANAK

HANTAR KE 32244.

Contoh sms:-
MYSEL MASB 31/5/2009  MOHD ALI B. KHAIRUDDIN
HANTAR KE 32244.

**Setiap sms dicaj 50sen sahaja.

**Tarikh & tempat kem tertakluk kepada pindaan. Sebarang pindaan/perubahan akan diberitahu melalui laman web ini & telefon.

**Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami atau email kami di safacom99@gmail.com.

Kem Motivasi Anak Soleh Bestari Disember 2008 @ Shah Alam November 5, 2008

Posted by adminblog in Umum.
Tags: , , , , , , ,
2 comments

Assalamualaikum Warahmatullah,

BERITA BAIK buat semua! InsyaAllah, untuk program penghujung tahun 2008 ini, kami akan menganjurkan Kem Motivasi Anak Soleh Bestari di sebuah resort yang indah & dikenali ramai iaitu di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Selangor pada 14, 15 & 16 Disember 2008 ini.

Program selama 3 hari 2 malam ini bakal diisi dengan pelbagai aturcara yang padat apatah lagi anak-anak pelajar sedang bercuti sekolah hujung tahun (Nov – Dis) ketika itu.

dsc_0001 Apa kata kita isi masa lapang yang ada pada anak-anak kita di musim cuti sekolah ini dengan program yang bermanfaat buat mereka. Dengan sedikit pelaburan tuan-tuan & puan-puan, InsyaAllah, mudah-mudahan Allah menjadikan kita hambaNya yang bertanggungjawab memelihara (anak kita) amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita sebagai ibubapa.

Dengan amanat yang tuan/puan sampaikan kepada kami untuk ke kem anak soleh bestari ini, InsyaAllah kami akan berusaha membantu untuk membimbing & membentuk anak-anak tuan/puan menjadi anak yang soleh & bertaqwa. Yang kuat jatidiri & terserlah ciri kepemimpinannya. Sekurang-kurangnya, anak-anak tuan/puan dapat memperolehi & mempelajari sesuatu sebaik sahaja mereka tamat mengikuti kem ini.

dsc_0436 dsc_0425 dsc_00041

Teringat kepada sabda Nabi Muhammad S.A.W. iaitu; apabila matinya anak Adam, maka tinggallah (terputus) segala-galanya dari dirinya kecuali 3 perkara yang akan bersamanya, iaitu 1) Sedekah jariah 2) Ilmu yang dimanfaatkan 3) Doa dari anak yang soleh.

Sehubungan itu, dari hadith ini, anak soleh merupakan aset yang paling berharga buat kita sama ada di dunia (ketika kita masih hidup) mahu pun apabila kita meninggal dunia nanti. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha untuk memastikan bahawa setiap generasi & keturunan kita merupakan anak-anak soleh yang terbimbing & tidak terpesong dari ajaran Al-Quran & Sunnah sebagaimana yang dimaksudkan oleh Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kem ini, sila klik sini.                qiam

Salam Ukhuwah & Salam Motivasi! November 1, 2008

Posted by adminblog in Umum.
Tags: , , , , ,
1 comment so far

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Salam perkenalan & salam motivasi buat para ibubapa, guru, teman & adik-adik sekalian.

Selamat datang ke laman blog kemcutisekolah.wordpress.com.

Bagi pihak admin laman ini dan Pusat Pendidikan Al-Faizeen, kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua ke laman yang ‘simple & steady’ ini. Muda-mudahan dengan adanya laman ini, dapatlah kita berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan sesama kita. Disamping itu, diharapkan InsyaAllah, dengan laman ini, kita dapat mengeratkan ukhuwah persaudaraan Islam kita yang terjalin sejak sekian lama. Bukankah orang mukmin itu bersaudara?

Bagi yang pernah bersama kami sebelum ini, mungkin laman ini tidak asing lagi bagi anda. Namun yang pertama kali ke sini, pasti tertanya-tanya siapakah kami? dan apakah yang kami lakukan?

Untuk pengetahuan semua, Pusat Pendidikan Al-Faizeen ditubuhkan sejak dari tahun 2001 lagi oleh sekumpulan pendidik & murabbi yang berazam untuk membantu melahirkan generasi madani yang soleh & bertaqwa. Ia dimulakan dengan penubuhan sebuah sekolah Islam yang menawarkan sistem pendidikan yang seimbang, iaitu pelajaran akademik & agama di bawah satu bumbung. Makluman lanjut mengenai sekolah ini, sila klik www.al-faizeen.com.my.

Pelbagai program & aktiviti telah dirancang & dijalankan selain dari pengurusan sekolah harian, Alhamdulillah, hingga kini kami telah berjaya membimbing, mendidik & memotivasikan pelajar-pelajar sekolah melalui beberapa siri program/kem motivasi khususnya  untuk para pelajar sekolah rendah & menengah sama ada sewaktu cuti hujung minggu mahu pun cuti persekolahan mereka. Antara program yang telah dijalankan ialah kem motivasi anak soleh, kem cuti sekolah, seminar peperiksaan dan kem kepemimpinan.

Siri program/kem motivasi yang dianjurkan oleh kami dikendalikan oleh pakar motivasi atau penceramah yang hebat & terkenal sebagai slot utama bersama ibubapa & pelajar. Selain itu, program/kem motivasi kami dikendalikan oleh para fasilitator/pemudahcara yang pengalaman iaitu graduan/mahasiswa dari universiti tempatan dan luar negara. Yang pasti, pelbagai modul, LDK (Latihan Dalam Kumpulan), bengkel & aktiviti telah disusun dengan baik demi mencapai objektif pembentukan anak yang soleh & cemerlang.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.